Assalamualaikum...
Saya baru sahaja selesai membaca artikel berkenaan tajuk di atas di ruangan informasi.my. Di sini saya ingin berkongsi dengan keluarga, saudara mara, rakan taulan serta dijadikan panduan, rujukan, dan peringatan untuk diri saya sendiri.
Tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya
akan disedari oleh mereka - mereka yang dikehendakinya. Walau
bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah
mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah
waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki
akan mengalami getaran, seakan - akan menggigil. Contohnya seperti daging
sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan - akan bergetar. Tanda ini rasanya
nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa
mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada
manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke
atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia
berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami
maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini
dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan
harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
---<@ Ada drama ditayangkan kat tv... Kalau tak salah masa bulan ramadan hari tu...


1 ulasan:
salam singgah aten..
apa khabar?
Catat Ulasan